follow lerr xsusah pon kan??

Kunci Kerezekian

Ilmu Kunci Kerezekian dan Pelaris

Kunci Kerezekian
1. Membaca SURAH AL-WAQIAH
- Sabda Rasulullah SAW:
مَنْ قَرأ سُورَةَ الوَاقِعَةِ فِي كُلّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فاقَة
“Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiapa malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.” (Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).

- Sabda Rasulullah SAW:
سُوْرَةُ الوَاقِعَةِ سُوْرَةُ الغِنَى فَاقْرَؤُوْهَا وَعَلِّمُوْهَا أَوْلاَدَكُمْ
“Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.” (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).

2. Membaca Surah Al-Ikhlas:
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ، اللَّهُ الصَّمَدُ ، لَمْ يَلِـدْ وَلَمْ يُولَـدْ ، وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ
“Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.”

- Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkan kefakiran daripada ahli rumahnya dan jirannya. (Daripada Jarir bin Abdullah: Kanzu al-‘Ummal, Mu‘jam al-Tabarani; daripada Ibn Mas‘ud: Mujma‘ al-Zawaid)

3. Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Mu‘az! Aku mahu ajarkan engkau sebuah doa. Jika engkau menanggung segunung hutang lalu engkau membacanya nescaya Allah menunaikannya untuk engkau. Bacalah: قل الله مالك اللمك….” (Kanz al-Ummal).


قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ ، وَتُعِزُّ مَن تَشَاء ، وَتُذِلُّ مَن تَشَاء ، بِيَدِكَ الْخَيْرُ ، إِنَّكَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ، تُولِجُ اللَّيْـلَ فِي الْنَّهَارِ ، وَتُولِجُ النَّـهَارَ فِي اللَّيْلِ ، وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ ، وَتُخْرِجُ الْمَيِّـتَ مِنَ الْحَيِّ ، وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَـابٍ ، رَحْمَنَ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَرَحِيْمَهُمَا ، تُعْطِي مَنْ تَشَاءُ مِنْهُمَا وَتَمْنَعُ مَنْ تَشَاءُ ، اِرْحَمْنِي رَحْمَةً تُغْنِيْنِي بِهَا عَنْ رَحْمَةِ مَنْ سِوَاكَ
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. “Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya”. Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang di dunia dan akhirat. Engkau memberi kedua-duanya kepada sesiapa yang Engkau mahu. Engkau menahan kedua-duanya terhadap sesiapa yang Engkau mahu. Rahmatilah aku dengan suatu rahmat yang mencukupi untukku berbanding rahmat yang ada pada selainMu.”

4. Doa Nur (نُوْرِ حرز) Fatimah Az-Zahra
Doa Nur dikenal sebagai Hirz (doa perlindungan) Fatimah Az-Zahra’ (sa). Doa yang diajarkan oleh Rasulullah saw kepada puterinya yang tercinta. Khasiat doa ini Jika didawamkan, dibaca secara istiqamah, akan dapat mempermudah datangnya rezeki. Selain itu dapat menyembuhkan penyakit demam.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ , بِسْمِ اللهِ النُّوْر , بِسْمِ اللهِ نُوْرِ النُّوْر , بِسْمِ اللهِ نُوْرٌ عَلَى نُوْرَ , بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ هُو مُدَبِّرُ الْاُمُوْرَ , بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ خَلَقَ النُوْرَ مِنَ النُّوْر , اَلْحَمْدُ اللهِ الَّذيْ خَلَقً النُّوْرَ مِنَ النُّوْر , وَاَنْزَلَ النُّوْرَ عَلَى الطُّوْرَ فِيْ كِتَابٍ مَسْطُوْرَ فِيْ رِقٍّ مَنْشُوْرَ ,بِقَدَرٍ مَقْدُوْرَ عَلَى نَبِيٍ مَحْبُوْرَ , اَلْحَمْدُ اللهِ الًّذِيْ هُوَ بِالْعِزِّ مَذْكُوْرَ , وَبِالْفخْرِ مَشْهُوْرَ , وَعَلَى السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ مَشْكُوْرَ ,وَصَلى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَاَلِهِ الطَّاهِرِيْنَ
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.Dengan nama Allah Cahaya, dengan nama Allah Cahaya dari segala cahaya, dengan nama Allah Cahaya di atas cahaya, dengan nama Allah Yang Mengatur segala urusan, dengan nama Allah Yang Menciptakan cahaya dari cahaya. Segala puji bagi Allah Yang Menciptakan cahaya dari cahaya, Yang Menurunkan cahaya ke bukit dalam kitab yang ditulis, dengan ukuran yang tertentu, kepada Nabi yang terpilih. Segala puji bagi Allah yang dikenal kebesaran-Nya, yang masyhur keagungan-Nya, yang disyukuri dalam suka dan duka. Semoga Allah menyampaikan selawat kepada junjungan kita Muhammad dan keluarganya yang suci. (Kitab Mafatihul Jinan, kunci-kunci surga)

5. Sabda Rasulullah SAW:” Wahai sekalian manusia, jadikanlah taqwa sebagai suatu perniagaan, nescaya rezeki akan datang kepada kamu tanpa modal dan niaga.” Kemudian Baginda membaca ayat di bawah)Riwayat daripada Mu‘az bin Jabal: Majma‘ al-Zawaid, Kanz al-Ummal).

Ayat 1000 dinar (At-Talaq ayat 2-3)
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا () وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
6. Saidina Ali mengatakan kepada seseorang yang datang kepadanya: “Aku mahu mengajar kamu kalimah yang diajar oleh Rasulullah kepadaku. Jika engkau menanggung segunung hutang tentu Allah akan tunaikannya. Bacalah: اللهم اكفني بحلالك… ” (Riwayat daripada ‘Ali: Sunan al-Tirmizi; dinilai Hasan Gharib).
الَّلهُمَّ اكْفِنِي بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ ، وَاغْنِنِي بِفَضلِكَ عَن سِواكَ
“Ya Allah, ya Tuhanku! Cukupkanlah aku dengan suatu yang halal berbanding suatu yang haram yang telah Engkau tetapkan. Dan berilah aku kekayaan dengan kelebihan daripada Engkau berbanding selain Engkau.”

7. - Sabda Rasulullah SAW: “Bacalah: اللهم رب السماوات… .” (Riwayat daripada Abu Hurairah: Sunan al-Tirmizi; dinilai Hasan Sahih).
الَّلهُمّ رَبَّ السَّماوَاتِ السَبْعِ ، وَرَبَّ العَرْشِ العَظِيْـمِ ، رَبَّنَا وَرَبَّ كلِّ شَيْءٍ ، وَمُنْزِلَ التَوْرَاة وَالإِنْجِيْلَ وَالقُرْآنَ ، فَالِقَ الْحَبِّ والنَّوَى ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شرِّ كُلِّ ذِي شَرٍّ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ ، أَنْتَ الأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ ، وَأَنْتَ الآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ ، والظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ ، وَالبَاطِنُ فَلَيْسَ دُوْنَكَ شَيْءٌ ، اقْضِ عنِّي الدَّيْنَ وَاغْنِنِي مِنَ الفَقْرِ
“Ya Allah, Tuhan bagi tujuh lapisan langit, juga Tuhan ‘Arasy yang agung. Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu. Yang menurunkan Taurat, Injil dan Quran. Yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan menghasilkan buah-buahan. Aku mohon berlindung denganMu daripada kejahatan segala suatu yang jahat yang ubun-ubunnya di dalam genggamanMu. Engkaulah yang awal, tiada suatu pun yang sebelum Engkau. Engkaulah yang akhir, tiada suatu pun yang selepas Engkau. Engkaulah yang zahir, tiada suatu pun yang di atas Engkau. Engkaulah yang batin, tiada suatu pun yang di bawah Engkau. Tunaikanlah hutangku dan berilah aku kekayaan daripada kefakiran.”

8. Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?” Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” Jawab Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pada dan petang bacalah: اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن… . Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.” (Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).
الَّلهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ البُخْلِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ غَلَبَةِ الدَّينِ وقَهْرِ الرِّجَالِ
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.”

9. Diriwayatkan daripada ‘Aisyah RA katanya: “Abu Bakar datang kepadaku lalu berkata: Adakah engkau telah mendengar daripada Rasulullah SAW sebuah doa Baginda ajarkan kepada. Aku bertanya: Apakah doa itu? Jawab beliau: Pada waktu dahulu, Isa Ibn Maryam mengajar sahabat-sahabat baginda: Seandainya sesiapa di kalangan kamu yang berhutang sejumlah emas satu bukit lalu ia berdoa dengan doa ini nescaya Allah tunaikan untuknya.” Kata Abu Bakar: “Aku telah berdoa dengan doa tersebut lalu Allah memberikan aku suatu ganjaran sehingga aku dapat melangsaikan hutang aku.” Kata ‘Aisyah: Aku pernah menanggung hutang lalu aku mengamalkan tersebut, tidak lama kemudian Allah memberi rezeki kepadaku sehingga aku dapat bersedekah dan mewariskan harta.” (Riwayat al-Bazzar, al-Hakim dan al-Asbahani)

Sabda Rasulullah SAW:
الَّلهُمَّ فَارِجَ الْهَمِّ ، كَاشِفَ الغَمِّ ، مُجِيْبَ دَعْوَةَ الْمُضْطَّرِّيْنَ ، رَحْمَنَ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَرَحِيْمَهُمَا ، أَنْتَ تَرْحَمُنِي فَارْحَمْنِي بِرَحْمَةٍ تُغْنِيْنِي بِهَا عَنْ رَحْمَةِ مَنْ سَوَاكَ
“Ya Allah, Yang Meleraikan dukacita, Yang Melapangkan kekusutan, Yang Menyahut seruan orang yang susah, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang di dunia dan akhirat, Engkau mengasihi aku, maka rahmatilah aku dengan suatu rahmat yang mencukupi untukku berbanding rahmat yang ada pada selainMu.”

10. Sabda Nabi SAW: “Doa saudaraku Yunus amat menakjubkan; permulaannya tahlil, pertengahannya tasbih dan penghujungnya pengakuan melakukan dosa. Sesiapa yang berdukacita, berada dalam kekusutan, ditimpa kesusahan dan dibebani hutang pada suatu hari, lalu ia membacanya sebanyak tiga kali, nescaya dimakbulkan untuknya.”
لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
“Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”

26 OCTOBER 2010

Perubatan Sufi

Perubatan penyembuhan kaedah kesufian (At-Tibb Ar-Rauhi As-Sufi) adalah kaedah selain Thibbun Nabawi iaitu Petua Syeikh pada zaman dahulu. Antara huraiannya termasuklah kaedah pemakanan Rasulullah, puasa, solat, doa, zikir, roh bunga ros, nama-nama Allah dan Azimat (Ta’widh, azimat, wafaq dan wifiq). Perubatan sufi telah disalahfaham serta diselewengkan hingga kelihatan ianya sama atau ianya adalah seperti perubatan tenaga dalam, reiki, nasma, meditasi, hijab nur, ki, chi, prana, kudra dan aura. Penyelewengan ini berterusan hingga ramai orang islam keliru dan menganggap ESQ, perubatan tenaga dalam, reiki, nasma, meditasi, hijab nur, ki, chi, prana, kudra dan aura adalah islamik berpandukan dengan hujah palsu dari guru mereka yang mengatakan ianya adalah Penyembuhan Sufi (sufi healing). Mari kita tinjau apakah sufi healing yang sebenarnya.

Makanan Nabi
Makanan nabi telah membentuk peribadi dan kesihatan nabi-nabi Allah. Makanan ini boleh diaplikasikan sebagai ubatan. Antara makanan yang disebut ialah:
Jintan Manis, Epal, asparagus, pisang, basil manis (rayhan), roti, mentega, bunga kubis, chamomile (babunaj), lobak merah, biji kopi, biji ketumbar, ayam, kulit kayu manis, limau, timun, cumin (kammun), tamar, eggplant (badhinjan), telur, endive (hindiba), hubah, buah ara fig, ikan, bawang putih, minyak sapi, halia, inai, madu lebah, kacang, salad, marjoram manis, daging, tembikai, susu, pudina, myrtle (as), narcissus (narjis), zaitun, minyak zaitun, bawang, parsley, peach, pistachio, delima, rhubarb (rawabd), nasi, kunyit, zafaran, garam, sena, bayam, gula, thyme (sa’tar), vermicelli (itriyyah), cuka, walnut, air dan gandum, kambing, susu, talbinah (barli), habatus sauda dan ruthob.

Penyediaan ubat.
1. Dimakan terus atau
2. Ditumbuk hancur dan ditapis dengan kain atau
3. Dididihkan kemudian disejukkan. Syarat didih ialah lebih kurang separuh air itu menjadi wap.
4. Gula sebagai pemanis ialah gula asli atau madu.
5. Jika formula itu herba, rendamkan semalaman sebelum rebus.
6. Setiap herba hendaklah sama berat.

Cara makan Ubat
1. Dimakan ikut jadual berkala 2 kali sehari iaitu waktu sarapan dan waktu petang.
2. Dimakan ketika perut kosong

Solat
Dalam menarik masyarakat bersolat, para sufi telah mengkaji rahsia solat dan didapati kaedah solat itu sebenarnya membentuk senaman dan gaya hidup sihat. Tetapi awas, janganlah kerana solat sebab hendak sihat kerana solat itu sendiri merupakan tiang agama islam dalam penyembahan hamba terhadap penciptanya iaitu Allah. Jika kita anggap solat itu sebuah senaman (sebagaimana dakwaan ESQ dan yang seangkatannya), maka kita hanya bersenam dan bukanlah menyembah Allah.

Sabda Rasulullah.s.a.w. lagi; Daripada Abdullah bin Umar r.a, katanya: Sesungguhnya Rasulullah.s.a.w. telah bersabda: " Betulkan, penuhkan dan rapat-rapatkan saf-saf solat kamu, samakan kedudukan antara bahu-bahu kamu, penuhkan semua ruangan-ruangan kosong yang terdapat dalam saf, bersopan santunlah dengan saudara-saudara kamu ketika meluruskan dan merapatkan saf dan jangan sekali-kali membiarkan ruangan-ruangan kosong saf terdedah kepada syaitan. Sesiapa yang memenuhkan saf dan merapatkannya, nescaya Allah SWT menyambungkan rahmat-Nya bagi orang tersebut dan sesiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah SWT akan memutuskan rahmat-Nya dan inayah-Nya daripada orang tersebut" (Riwayat Abu Daud)

Puasa
Begitu juga puasa di mana para syeikh, sufi dan doktor bersepakat membuat rumusan bahawa puasa itu dapat mencegah penyakit kronik kerana penyakit itu datang dari perut. Tapi awas juga, kalau puasa kerana hendak sihat dan sembuh penyakit (sebagaimana dakwaan ESQ dan yang seangkatannya), bermakna samalah juga puasa kita dengan puasa orang india musyrikin.

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (al-Baqarah:183)

Nabi s.a.w.juga bersabda:
"Kita ini adalah kaum yang makan bila lapar, dan makan tidak kenyang."

"Makan dan minumlah kamu dan janganlah berlebih-lebihan sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." (al-A'raf:31)

Zikir
Zikir menurut bahasa bererti mengingati. Menurut istilah pula, zikir bermaksud mengingati Allah s.w.t. bilamana dan di mana sahaja berada dengan cara-cara yang dibolehkan oleh syarak seperti menerusi ucapan perbuatan atau dengan hati.

Manusia tidak terlepas daripada ujian dan dugaan hidup untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran serta keimanan mereka. Dugaan yang datang juga peluang untuk bertanya diri adakah kita seorang yang sabar atau sebaliknya. Keupayaan manusia sebagai khalifah memerlukan beberapa kekuatan antaranya kuat emosi dan jiwa sebagai faktor penting meneruskan tanggungjawab memakmurkan alam. Kekuatan dalaman juga penting sebagai benteng pertahanan kukuh dalam menghadapi rintangan hidup. Zikrullah adalah penawar hati paling mujarab dalam memberi ketenangan jiwa bagi mengubat keresahan diri. Ini terbukti melalui firman Allah bermaksud:

“Orang yang beriman itu tenang dan tenteram hati dengan zikrullah. Ketahuilah bahawa dengan zikrullah itu akan tenang tenteramlah hati-hati manusia.” (Surah al-Ra’d, ayat 28)

Roh Bunga Ros
Lambang kesufian ialah bunga mawar. Nabi Muhammad SAW bersabda “ Ada tiga perkara yang aku gemar dalam dunia ini iaitu solat,wanita dan wangian”

Setelah Allah menjadikan Roh Kenabian dari Nur(cahaya)-Nya,Allah menjadikan Roh bunga mawar atau Bunga Ros yang memiliki bau yang sangat harum dan digelar ibu segala wangian.Bila Allah menjadikan Roh kenabian,roh itu terlalu terang dan membakar sinarnya sehingga ia berpeluh,dari peluh Roh inilah Allah menjadikan Roh Bunga Ros.Inilah asas kepada ilmu sains Aromaterapi.

Aplikasi Bunga Mawar Dalam Kehidupan
Oleh kerana Bunga Mawar (Ros) paling baik dan halus sekali, bunga mawar banyak diaplikasikan dalam kehidupan sama ada melalui penyulingan minyak atau airnya. Hasil daripada bunga mawar banyak digunakan dalam minyak wangi, dijadikan perasa makanan, sebagai satu komponen dalam beberapa persediaan kosmetik dan perubatan, serta untuk tujuan keagamaan.

Minyak Wangi (Perfume)
Minyak wangi Mawar dibuat daripada minyak bunga Mawar, juga dikenali minyak attar bunga-bunga mawar, iaitu satu campuran minyak-minyak pati yang diperolehi oleh penyulingan stim kelopak-kelopak hancur bunga-bunga mawar iaitu satu proses mula-mula dibangunkan dalam Farsi dan Bulgaria. Air mawar ialah satu hasil sampingan pembinaan ini. Wangian yang paling bernilai dalam alam bunga- bungaan ialah wangian bunga mawar. Ia bertindak serentak dalam badan, perasaan dan kerohanian. Minyak wangi ini membersih dan mempertingkatkan fizikal, mental dan kerohanian.

Perasa Makanan
Air Mawar mempunyai satu rasa sangat tersendiri dan digunakan dengan meluas dalam hidangan terutama sekali dalam gula-gula. Ia juga ditambahkan kepada teh, aiskrim, biskut-biskut dan gula-gula lain dalam kuantiti kecil, dan dalam dunia Arab dan India ia biasa digunakan untuk memperasakan susu dan pencuci mulut seperti puding nasi. Ia juga satu bahan utama dalam manis lassi, iaitu satu minuman diperbuat dari yogurt, gula dan sebagainya.

Kosmetik
Air Mawar digunakan dengan meluas untuk penjagaan kulit. Ia selamat dan cukup lembut untuk semua jenis kulit. Ia sangat baik untuk kulit kering, kulit yang berminyak dan bertindak sebagai anti-penuaan. Ini kerana Air Mawar mempunyai satu astringen ubat yang membantu mengurangkan kemerahan dari kapilari-kapilari.

Perubatan
Bunga Mawar digunakan secara meluas dalam perubatan. Ini adalah kerana ia kaya dengan pelbagai jenis vitamin penting. Ia termasuk vitaminvitamin A, B3, C, D dan E Flavoinoids (antioksidan), tanins dan zink yang terkandung di dalam air mawar. Semua vitamin akan meningkatkan tekstur kulit secara menyeluruh dan kesihatan.

Tujuan Keagamaan
Air Mawar biasa digunakan untuk membersihkan Kaabah, yakni Qiblat untuk Orang Muslim yang terletak di Mekah dengan menggabungkan air Zamzam dengan air mawar sebagai satu tambahan.

Kebaikan dan Khasiat Air Mawar
Air mawar terkenal dalam membantu merangsang sistem saraf tunjang. Air mawar juga banyak digunapakai dalam rawatan alternatif dan komplimentari sebagai bahan pembersih energi negatif serta membantu menstabilkan keseimbangan emosi. Energi positif air mawar dapat membantu pengguna untuk lebih dinamik, lebih yakin, lebih bertenaga serta lebih sihat secara spiritual, fizikal dan mental.

Ta’widh, azimat, wafaq dan wifiq
Kitab Imam al-Ghazali berkenaan Wafaq tu sebenarnya di tulis oleh ulama2 selepas beliau yakni murid2 beliau tanpa apa-apa pun sandaran (khadam dan jin) tetapi hanya ALLAH s.w.t mampu memberi kuasa sesuai dengan Kebesaran IlmuNya. kajian yang lebih mendalam dilakukan ketika Islam sudah menghampiri kemuncak dalam pengembangan ilmu.

Islam amat menitikberatkan soal-soal aqidah dan syariah. Segala amalam dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber asal Al-Quran, Hadiths, Ijmak dan Qias adalah ditolak.
Namun amalan khurafat (superstitions) yang diwarisi oleh nenek moyang (Hinduisme, Dinamisme, Animisme dan Buddhisme) kelihatan masih terus juga bertapak di tengah masyarakat masa kini dan menjadi semacam satu masalah yang menganggu kejernihan dan kestabilan Aqidah Islami. Pembahasan mengenai khurafat adalah terlalu luas. Firman Allah yang bermaksud:

"..... dan siapa yang ingkar ( akan syariat Islam ) sesudah dia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya ( yang baik ) dan adalah dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi." ( Al-Maidah :5 )

"..... dan sesiapa di antara kamu yang murtad ( berpaling tadah ) dari agamanya ( agama Islam ), lain dia mati sedang dia kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya ( yang baik ) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya ( selama-lamanya )" ( Al-Baqarah : 217 )

Azimat, merupakan sebarang benda-benda yang dipercayai dapat menahan daripada ancaman atau dapat mencegah terjadinya musibah ke atas diri, keluarga dan harta benda.
Azimat juga diyakini mempunyai kekuatan ghaib dan dipercayai ada khadamnya dari makhluk-makhluk ghaib.
Tangkal, merupakan salah satu bentuk azimat untuk dipakai seperti gelang tangan yang diperbuat dari benang, kalung yang diperbuat dari dahan-dahan kayu atau untuk diletakkan di tempat-tempat tertentu dengan maksud melindung dari gangguan syaitan seperti kemenyan yang dibalut dengan kain dan diletak di penjuru rumah.
Wafaq, adalah azimat dalam bentuk tulisan-tulisan berupa huruf, angka, rajah atau gambar yang ditulis atas kertas atau kepingan tembaga. Ia ditulis dalam bahasa yang tidak difahami dan kadangkala bercampur-aduk dengan ayat-ayat Al-Quran.

Adakah boleh menggunakan azimat yang dituliskan padanya ayat-ayat Al-Quran, atau nama-nama Allah?

Walaupun pada ulama berbeza pendapat mengenai isu ini, namun dalil-dalil yang melarang pemakaian semua bentuk azimat adalah :

a. Kerana umum hadis yang melarang azimat dan tidak disebutkan pula pengecualiannya.
b. Kerana boleh menjurus kepada penghinaan Al-Quran, di mana kadangkala pemakaiannya memasuki tempat-tempat bernajis ataupun sedang dalam keadaan berjunub, haid dan lain-lain lagi.
c. Menganggap remeh ayat-ayat Al-Quran dan bertentangan dengan apa yang dimuatkan di dalamnya. Allah menurunkan Al-Quran untuk menjadi petunjuk dari kegelapan, bukan sebagai azimat.


Ilmu Nombor (Numerik)
Sebagaimana huraiannya dalam blog ana yang lepas iaitu di http://klinik-muallij.blogspot.com/2010/08/zikir-harian-berdasarkan-ilmu.html


Ubat Mujarab
Merujuk pada kisah nabi, Al-Fatihah adalah ubat mujarab.
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ (1) الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (2) الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ (3) مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (4) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (5) اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ (7)

25 OCTOBER 2010

Susunan ayat keluarkan susuk (Kaedah Tepuk)

Apa yang menarik tentang keluarkan susuk? Adakah ada rahsia ayat di sebaliknya? Bolehkan susuk dikeluarkan selain cara melalui najis atau muntah atau mandi? sebabnya 80% susuk tidak dapat dikeluarkan dengan najis/muntah/mandi, bila di X-Ray semula, masih ada di lokasi yang sama dan tidak berganjak seinci pun.

Sebenarnya susuk boleh dikeluarkan oleh si pemasang dan juga diri sendiri, namun malangnya si pemasang kalau sudah meninggal dunia, maka si pemakai tidak dapat berbuat demikian. Bagaimana hendak membuang susuk secara 'do it yourself' sedangkan nak baca surah al-fatihah pun dah kepanasan meracau sini-sana.

Hari ini sebagaimana yang diumumkan, ana tonjolkan sesuatu yang agak berbeza kerana mungkin ramai yang sudah tahu bagaimana menepuk dengan air zam zam tapi tak tahu apa ayatnya. Susunan ayat keluarkan susuk (Kaedah Tepuk) ini jarang didapati dan ianya memang tidak terdapat jika tidak berguru. Ada gurunya, tapi guru memilih anak murid. Penonjolan ini bukan menunjuk-nunjuk tetapi hanya perkongsian ilmu sahaja.

بِسمِ اللهِ الرَّحمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

(Mantera yang dibaca-kaedah wali tanah Melayu): Hey Malaikat Yang Menjagakan diri, Empat penjuru alam, Empat penjuru langit, Empat penjuru bumi, Datang selendak ombak berpalu lagi teduh.
Besi lemah, Besi tawar, Besi waja, Segala besi, Emas, Intan, Berlian, Perak, Tembaga, permata, sayap binatang, tulang haiwan, tulang-belulang, besi baja, besi kuning, besi putih, batu akik, batu mustika, buah-buahan, kayu-kayan, cairan, air mata air, air khusus, tepung rempah rempah, minyak-minyak,
aku tepuk engkau keluar, Hancur lebur apa saja dibadan, Suci dan bersih, Sempurna kupanarima,
Mustajab berkat Lahaulawala quwwataillabillahil ‘aliyyil azim

al-baqarah 74
ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُمْ مِّنْ بَعْدِ ذَلِكَ فَهِيَ كَالْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةً وَإِنَّ مِنَ الْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ الأَنْهَارُ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ الْمَاء وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ اللّهِ

doa khatam al-quran as-syifa
اَللَّهُمَّ ارْحَمْنَا بِالْقُرْآنِ وَاجْعَلْهُ لَنَا اِمَامًا وَنُوْرًا وَشِفَاءً وَهُدًى وَرَحْمَةً

Al-Mumtahanah:4
رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

Al-Hijr:34-35
قَالَ فَاخْرُجْ مِنْهَا فَإِنَّكَ رَجِيمٌ () وَإِنَّ عَلَيْكَ اللَّعْنَةَ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ

Al-Mukminun
أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ () فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ () وَمَن يَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ لَا بُرْهَانَ لَهُ بِهِ فَإِنَّمَا حِسَابُهُ عِندَ رَبِّهِ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الْكَافِرُونَ () وَقُل رَّبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ


Persoalan: Lepas ijazah, bawa balik saka ke?

Tak lupa juga amalan zikir yang perlu dibuat, zikir apa? zikir ini mudah iaitu
Bismillah بِسمِ اللهِ الرَّحمَنِ الرَّحِيمِ 786
yakni zikir kaedah sufi selama 41 hari tanpa henti (kalau lupe baca sehari, 0 balik). Ini bukan jazam tau, zikir je ni. Kalau nak jazam, jazamlah surah Al-Baqarah selepas solat isyak selama 114 hari.

Renungan:
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah Ali Imran ayat 110)

No comments: