follow lerr xsusah pon kan??

curahan rasa hati terakhir

Kau bukan milikku, dah ku tahu segalanya…

Namun hati ini dah terukir namamu…

Mana mungkin aku mampu hapuskan

Ukiran namamu dihatiku…

Pedihnya sekadar menjadi penyinta bisu,

Lebih pedih bila tahu kau milik seseorang…

Aku tak mampu lakukan apa-apa…

Hatimu tak mungkin dapat kutakluki…

Aku sedar hati aku milikmu….

biarlah…

Daripada aku terus berendam air mata…

Sesuatu yang bukan milikku…

Takkan pernah jadi milikku…

Selamanya…

Maafkan aku kerana terlalu menyayangi insan

Sepertimu…

tapi......

Maafkan aku kerana terlalu mengimpikan

Dirimu jadi milikku…

Moga kau bahagia bersamanya…

Selamanya…

hatimu miliknya…

Jangan hantui hidupku lagi dengan

Bayanganmu…kerna hatiku luluh…

Jangan muncul dalam kotak ingatanku…

Walaupun hidupku bakal bergelap tanpa dirimu…

Tapi biarlah…

Daripada aku terus berendam air mata…

Sesuatu yang bukan milikku…

Takkan pernah jadi milikku…

Selamanya…

Maafkan aku kerana terlalu menyayangi insan

Sepertimu…

Maafkan aku kerana terlalu mengimpikan

Dirimu jadi milikku…

Moga kau bahagia bersamanya…

Selamanya…

biarlah…

Daripada aku terus berendam air mata…

Sesuatu yang bukan milikku…

sayang..
ini kali pertama untuk yang bie,
abg tulis puisi cinta..
tanpa mengcopy dari mana-mana puisi,sajak..
atau lirik lagu…
bie tau kenapa?
Sebab bie semuanya..

bie,
abg tahu saya bukan insan seni,
abg budak gilew,
bdak sukan, bola, hoki,
Bidang abg..
Sastera, madah pujangga..
Tak pernah pun tertulis dalam kamus hidup abg..
Apatah lagi puisi cinta..

Tapi,
Mengenali bie, mengubah diri abg..
abg bukan lagi budak sivik macam dulu,
Berkepit dengan buku, menghadap computer 24 jam
Sekarang ni abg dah pandai..
Baca novel-novel cinta..
Apatah lagi novel ayat-ayat cinta..
Siap dengan movienya lagi abg tonton..
Agar dapat abg cipta kata-kata puitis untuk bie
Dan belajar apa itu ertinya cinta…

bie,
Dulu bie selalu kata kat saya..
abg manusia robot,
Tak ada perasaan.. tak tahu menghargai insan sekeliling…
Kata bie.. walau gempa bumi sekalipun,
abg tetap tak akan sedar,
Sebab abg terlalu leka dengan dunia abg..

Dan lagi,
Kata bie,
abg juga tak akan sedar seandainya satu hari nanti,
abg akan terjatuh cinta,
Tambah-tambah lagi kalau orang itu adalah bie..
abg tahu bie bergurau..
Sebab tu abg tak ambik kisah pun..
Pada abg.. siapalah bie waktu itu..


Tapi abg silap,
bie sekarang ini berada dalam hati abg..
Malah terlalu dalam di pelusuk hati bie..
Hingga tak mampu lagi bagi abg,
untuk keluarkan bie dari situ,
Tempat yang paling istimewa dalam hati abg,
Hanya bie yang pertama dan terakhir…

Hari ini,
Saat abg mula belajar untuk menghargai orang lain,
Menyayangi diri bie,
Mencintai bie,
bie pergi jauh dari abg… jauh sangat…
Hingga tak mampu lagi abg gapai bie..
Dan bawa bie datang kembali...

Benarlah kata bie..
abg mungkin akan sedar,
Dari dunia abg apabila orang yang abg sayang,
Akhirnya pergi…Tinggalkan abg…
bersama dunia abg..

bie,
Waktu itu saya masih tak faham sangat dengan kata-kata bie,
abg ingat, itu salah satu joke bie..
yang dah boring tengok abg,
Dengan hoki abg, bola, senuker… dan macam-macam lagi..
Sampai bie boleh kata kat abg..
“abg ni Manusia robot ye? Macam citer terminator tu..”
Tapi sekarang ni,
abg dah faham maksud bie tu…
Maafkan abg sebab terlambat menyedarinya,,

bie,
Kat sini hari ini..
14.10.2009.. 03.50 a.m
Air mata abg tumpah lagi bie..
Waktu abg mengimbas kembali saat terakhir abg lihat bie…
pergi meninggalkan abg…
Sebab abg tahu perginya bie tak akan kembali lagi,
Tak akan kembali lagi…



bie,
abg rindukan bie,
abg rindukan gelak ketawa bie..
abg rindukan senyuman bie..
abg rindukan gurauan bie..
abg rindukan segala-galanya tentang bie…
Tapi sekarang ni,
semuanya tinggal kenangan..
sebab bie dah tak der..

bie,
Ayat-ayat cinta abg dah tak bermakna lagi,
Hanya yang mampu abg lakukan,
Mengiringi pemergian bie,
Dengan selautan doa yang tak putus-putus,
Sejak dari hari bie pergi jauh dari saya..
Moga bie bahagia di sampingNya..
Dan seandainya tiada cinta lain..
Untuk abg…
Akan abg simpan cinta abg ini..
Untuk bersama bie..
Di akhirnya..

bie,
Mata abg dah layu,
Tubuh abg dah letih..
Penat sangat hari ini..
Banyak program yang abg kena wat
Macam dulu-dulu..
Cuma kali ini berbeza..
Sebab bie x der dah di sisi abg…
abg berhenti dulu di sini bie…
Lain masa bila terluang,
abg akan menulis lagi untuk bie..
Sebab hanya dengan cara ni,
abg dapat ubati rindu abg pada bie..
Dan abg paparkan disini..
Agar orang lain dapat berkongsi rasa dengan abg..
Selamat tinggal sayang…
moga kamu senag bersama insan yang merampas dirmu padaku...
dan akhir sekali, abg akan tunggu juga kepulangan bie sayang

No comments: