follow lerr xsusah pon kan??

ciNTa ku hiLAg BerSma KnGAn

Kasih..

Di kala ini aku sendirian lagi…

Menanti hadirnya mentari menyinari..

Alamku kian kelam tanpa dirimu…

Kasih…

Andai aku bisa memutarkan kembali…

Kenangan yang kita cipta bersama…

Tidak mungkin ku relakan kau pergi…

Disaat aku masih perlukan dirimu…

Kasih…

Aku bagai pungguk rindukan rembulan…

Aku jua bagaikan perindu tidak berteman…

Malah aku seakan berada di alam khayalanku…

Menanti dirimu yang jauh terpisah…

Aku keseorangan meniti liku-liku kehidupan ini…

Yang entah indah entah pudar…

Kasih…

Aku kehilangan arah tanpa tujuan..

Aku sepi menghitung hari…

Tidak berteman…

Sunyi yang kini hadir melewati malam malamku…

Diiringi bersama mutiara jernih…

Yang setia menemani saban waktu…

Namun,

Itulah yang aku perlu telan..

Itulah yang aku perlu tempuhi…

Itulah yang perlu aku terima…

Itulah hakikat yang kini terbuntang di depanku…

Kasih…

Pergimu tak pernah ku rela…

Aku akan tetap setia menantimu…

Tiada pengganti dirimu dalam hatiku ini…

Kasih..

Kerana sayang aku relakan..

Kerana sayang aku turutkan…

Kerana sayang aku izinkan…

Pergilah kekasih ku…

Pergilah menemui penciptamu…

Andai itu yang tertulis…

Aku terima dengan hati terbuka…

Walaupun dunia fana ini kita tidak bersama…

Nanti kan diriku…

Dipintu syurga cinta kita…

Al Fatihah untukmu..

Kekasihku…


BYe IxO-Mlca ROm3(Ym)

No comments: